Pengumuman

Makluman kepada pelajar tingkatan 5:

Perhatian kepada para pelajar Tingkatan 5 2017 MRSM Tun Ghafar Baba, jika ingin melihat keputusan peperiksaan bagi tahun sebelum ini, sila klik ke menu Change Term untuk menukar tahun / sesi persekolahan yang dikehendaki terlebih dahulu. 

MRSM Tun Ghafar Baba tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah,  kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.

Aktiviti Maktab

:: JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN GHAFAR BABA KALI KE-31 TAHUN 2017 :: 

Sukacita dimaklumkan bahawa MRSM Tun Ghafar Baba akan mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-31 tahun 2017 untuk memberikan penghargaan dan penghormatan kepada pelajar Tingkatan Lima atas kejayaan dalam bidang akademik sepanjang pengajian mereka. Sehubungan dengan itu, pihak MRSM Tun Ghafar Baba berbesar hati menjemput tuan/puan ibu bapa / penjaga pelajar tingkatan 5 2017untuk menghadiri majlis tersebut seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 12 Oktober 2017 (Khamis)
Tempat : Dewan Bendahara MRSM Tun Ghafar Baba
Kod pakaian : Rasmi / Batik

Sekiranya tuan/puan ibu bapa / penjaga pelajar Tingkatan 5 masih belum menerima surat jemputan secara pos, sila telefon ke pejabat pentadbiran MRSM Tun Ghafar Baba dan berikan nama, nombor telefon dan nama anak beserta nama kelas anak untuk tujuan rekod. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat berikut untuk perhatian dan tindakan tuan/puan:

(i) Atur cara Majlis Konvokesyen 2017 dan peraturan Majlis Konvokesyen 2017.
(ii) Pelekat kenderaan untuk kemudahan masuk ke maktab. 

Pengesahan kehadiran tuan/puan hendaklah dimaklumkan kepada anak masing-masing sebelum 12 Oktober 2017. Kerjasama dan kesudian tuan/puan menghadiri majlis ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

b/p:
Pengetua
MRSM Tun Ghafar Baba
Jasin, Melaka.

Sila klik link ini untuk memuat turun aturcara majlis dan pelekat kenderaan.


 :: PEMBELIAN IPAD SECARA TUNAI UNTUK PELAJAR MRSM TUN GHAFAR BABA ::   

Merujuk kepada pembelian Ipad pelajar, pihak MRSM Tun Ghafar Baba ingin memohon jutaan maaf kerana pembelian secara ansuran tidak dapat dilakukan kerana pihak Alam Sinergi Teknik Sdn. Bhd. (Apple Authorised Education Reseller) setakat ini masih belum dapat menyediakan perkhidmatan pembelian ipad secara ansuran. Namun begitu, ibubapa/penjaga yang masih berminat untuk membeli ipad secara tunai untuk anak-anak yang belajar di MRSM Tun Ghafar Baba, tuan/puan masih boleh melakukannya. Tuan/puan hendaklah mengikuti prosedur pembelian sebagaimana yang tercatat dalam Carta Alir Proses Pembelian Ipad.

Sekiranya pihak Alam Sinergi Teknik Sdn Bhd telah berjaya menyediakan perkhidmatan pembelian Ipad secara ansuran, pihak maktab akan memaklumkan perkara ini melalui anak-anak tuan/puan dan juga melalui portal ini. Sebarang kesulitan yang ditanggung oleh pihak tuan/puan, amat dikesali. Terima kasih juga diucapkan diatas kerjasama tuan/ puan. 

Sila klik link dibawah untuk muat turun borang, isi borang dan poskan borang kepada Alam Sinergi seperti yang tercatat dalam borang pembelian Ipad. 

1) Peraturan penggunaan Ipad di maktab
2) Carta alir proses pembelian Ipad secara tunai
3) Spesifikasi Ipad
4) Borang pembelian Ipad
5) Borang pendaftaran ipad
6) Q&A


:: MAKLUMAN UNTUK IBU/BAPA/PENJAGA PELAJAR MAKTAB UNTUK TAHUN 2017 ::  
Untuk makluman ibu/bapa/penjaga pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 bagi tahun 2017, berikut dilampirkan manual untuk mendaftar dalam portal rasmi maktab sebagai rujukan dan panduan tuan/puan. Sekiranya No. Kad Pengenalan tuan/puan TIDAK WUJUD, bermakna anak tuan/puan masih belum mengemaskini maklumat No. Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga masing-masing dan sila minta anak tuan/puan untuk mengemaskini maklumat tersebut supaya tuan/puan boleh mendaftar di dalam portal ini. Jika anak tuan/puan telah mengemaskini maklumat ibu/bapa/penjaga dan masih lagi tidak boleh mendaftar di portal, email kan masalah tersebut kepada infomrsm_tgb@mara.gov.my :

Manual Mendaftar Portal Rasmi

Undian

Adakah anda berminat untuk menghantar anak belajar di MRSMTGB?

Ya
Tidak
Tidak pasti