Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab (UPPM) adalah sebuah unit yang ditubuhkan bagi merancang, mengendali dan menguruskan penilaian pentaksiran pelajar di MRSM. Unit ini merupakan satu badan yang bebas dan berkecuali serta tidak bersandar kepada mana-mana jabatan. Unit ini juga merupakan pemacu utama kepada Jawatankuasa Senat Maktab dan berada di bawah Jawatankuasa Pelaksana Maktab.

 

i) Mewujudkan satu sistem peperiksaan dan penilaian MRSM yang mempunyai kebolehpercayaan, kesahan dan; kredibiliti yang tinggi

ii) Menyediakan satu pangkalan data pelajar dan data penilaian dan  pentaksiran yang lengkap,tepat dan terkini

iii) Memastikan semua urusan penilaian dan pentaksiran dilaksanakan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan

 

i) Mengendali pangkalan data pelajar dan data peperiksaan dan penilaian.

ii) Mengendali dan mengurus semua urusan peperiksaan dan penilaian pelajar di MRSM

iii)Mengendali dan mengurus keperluan peperiksaan.

 

Sistem eSPPNG merupakan sistem kemasukan markah yang digunakan oleh Unit Ujian dan Peperiksaan. Sistem ini hanya boleh diakses oleh guru-guru MRSM Tun Ghafar Baba sahaja untuk memasukkan markah. Bagi pelajar pula, mereka boleh mengakses portal ini bagi menyemak keputusan ujian/peperiksaan mereka secara atas talian.