Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah dan kurnia Nya dapat kita bertemu di dalam Portal MRSM Tun Ghafar Baba. Sebagai sebuah institusi pendidikan MARA, pastinya maklumat yang dipaparkan  dalam portal ini diharapkan dapat memenuhi beberapa objektif antaranya, menyampaikan maklumat kepada ibu bapa mengenai visi, misi dan objektif operasi maktab dan  seterusnya mendedahkan sistem pendidikan yang merangkumi program akademik dan sahsiah pelajar. Portal ini juga diharapkan dapat membantu dari segi pelarasan dalam pelbagai  aspek termasuklah pengurusan dan pencapaian akademik.  

Akhir kata, saya berharap dengan kewujudan portal ini, warga MRSM dapat memanfaatkan bersama demi mengangkat martabat pendidikan negara ke arah lebih berkualiti dan bagi membolehkan kami memperkasa dan menjayakan program yang dirancang dengan baik dan jayanya.

Sekian. Terima kasih.