Visi

MRSM Tun Ghafar Baba berusaha menjadi peneraju kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah yang berteraskan nilai saintifik, independen, kreatif, keusahawanan dan patriotik.

 

Misi

Dalam usaha mencapai kecemerlangan berganda MRSM Tun Ghafar Baba akan :-

1. Memastikan prasarana fizikal, perkhidmatan dan persekitaran yang berkualiti. 

2. Menjayakan program pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) pelajar ke arah kecemerlangan akademik yang disasarkan.

3. Melahirkan pelajar yang berbakat, berketerampilan, berkepimpinan, berinisiatif, berfikiran saintifik (kreatif & inovatif) serta mengembangkan minat keusahawanan melalui aktiviti kokurikulum. 

4. Mengadakan program yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. 

     

Objektif Operasi:

1. Memastikan semua dasar yang telah diputuskan pihak MARA dan BPM dipatuhi dan dilaksanakan.

2. Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar mendapat A bagi subjek Biologi, 85% dalam subjek Fizik,

    Kimia, Matematik Tambahan dan SEMUA A dalam subjek SPM yang lain.

3. Memastikan Indeks Prestasi iaitu Gred Purata Sekolah (GPS) < 0.900 dalam SPM setiap tahun.

4. Memastikan tiada pelajar terlibat dalam kes disiplin sepanjang tahun.

5. Memastikan program pembangunan warga maktab melibatkan Badan Muafakat dan komuniti setempat.

6. Memastikan wujudnya prasarana yang sempurna mengikut piawaian MARA dan dikawal selia secara

    berkala.

7. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan sepanjang masa.

8. Sentiasa mempastikan persekitaran yang kondusif untuk menggalakkan aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran.