MRSM Tun Ghafar Baba telah mendapat keputusan SPM yang cemerlang untuk SPM 2017 dengan GPS 1.266. Seramai 6 pelajar yang mendapat keputusan semua A+ dalam semua subjek yang diambil. Manakala 164 pelajar mendapat keputusan semua A (A+,A,A-) di dalam semua subjek yang diambil. Tahniah untuk semua pelajar SPM 2017 untuk keputusan yang cemerlang.

 Subjek Bahasa Melayu mendapat 99.31% A, Bahasa Inggeris mendapat 86.96%  A, Pendidikan Islam dan Sejarah mendapat 98.40%  A, Matematik mendapat 99.77%  A, Matematik Tambahan mendapat 51.95%  A, Fizik mendapat 63.39% A,  Kimia mendapat 60.87%  A, Biologi mendapat 68.61%  A, Prinsip Akaun mendapat 91.67% A manakala 4 subjek lagi iaitu Rekacipta, Pendidikan Seni Visual, Tasawwur Islam dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) mendapat 100% A.