Jabatan Sains Sosial MRSM Tun Ghafar Baba di ketuai oleh Ustaz Hairunizam bin Ahmad. Terdapat 7 unit di dalam Jabatan Sains Sosial iaitu unit Sejarah, unit Pendidikan Agama Islam, unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, unit Pendidikan Seni Visual dan Seni Reka,  Unit Prinsip Akaun, unit Tasawwur Islam dan unit Sivik dan Kenegaraan. Guru-guru unit Sejarah juga mengajar subjek Sivik dan Kenegaraan. Terdapat 21 orang guru di dalam jabatan  Sains Sosial. Guru Kanan unit Pendidikan Islam ialah Pn Hazwani binti Hamzah. Guru Kanan unit Sejarah ialah Pn Zarina Begam Binti Abdul Kadir. Guru Kanan unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ialah Pn Maimunah binti Abdullah. Guru Kanan unit Prinsip Akaun ialah Pn Rosni binti Mohamad dan Guru Kanan unit Pendidikan Seni Visual/Seni Reka adalah Pn Noorhuda Abdullah. Guru Kanan unit Sivik dan Kenegaraan ialah Pn Zakiah binti Mashud manakala Guru Kanan unit Tasawwur Islam adalah Mohd Tariq bin Razali.

 

a)Memastikan para pelajar mendapat perkhidmatan pendidikan yang terbaik dan berkualiti setiap masa.

b) Merancang dan memastikan program - program akademik dan non akademik yang dijalankan memberi kesan positif.

c) Mempertingkatkan keberkesanan P&P melalui penggunaan teknologiselaras dengan Wawasan 2020

d) Mengekalkan Kecemerlangan Akademik melalui keputusan peperiksaan SPM berkualiti

e) Melahirkan pelajar berdisiplin, sahsiah terpuji, berbakat kepimpinan dan bersikap patriotik.

f) Melahirkan pelajar yang cerdas minda dan fizikal, berdaya saing, mempunyai daya tahan dan tahap kawalan emosi yang tinggi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

g) Mengembangkan bakat, kemahiran dan potensi semua pelajar dalam bidang sastera iktisas, kemanusiaan, sains dan teknologi.

h) Melahirkan pelajar yang bersikap positif terhadap kehidupan dan menghargainya serta berupaya menghubungkaitkan konsep sains sosial dalam kehidupan seharian.

i) Melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berfikiraan saintifik serta berupaya menganalisis sesuatu masalah / projek dengan kaedah sains sosial untuk fakta / kesimpulan yang berasas.

g) Memastikan semua pelajar mendapat 100% A dalam SPM bagi semua subjek di dalam Jabatan Sains Sosial.