Jabatan Matematik diketuai oleh Ketua Jabatan iaitu Pn Anizah binti Azis. Jabatan Matematik terdiri dari unit Matematik, unit Matematik Tambahan dan unit Sains Komputer. Terdapat 18 orang guru yang terdiri dari 16 orang guru matematik/matematik tambahan dan 2 orang guru sains komputer. Guru Kanan unit Matematik Tambahan ialah Pn Toriah binti Jatim, Guru Kanan unit Matematik adalah En Mohd Fais Bin Usop dan Guru Kanan unit Sains Komputer adalah Pn Nurulhuda binti Sahimin.

 

a) Menghasilkan 100% A dalam SPM bagi subjek Matematik dan mendapat sekurang-kurangnya 80% A dalam Matematik Tambahan.

b) Semua pelajar lulus subjek Sains Komputer untuk memenuhi syarat graduasi MRSM.

c) Menambah pengetahuan komputer di kalangan guru-guru dan staf dengan mengikuti kursus pendek setiap semester.

d) Mewujudkan budaya keilmuan matematik dan komputer di kalangan pelajar menerusi persatuan, pertandingan dan persembahan sepanjang sesi persekolahan.

e) Mendapat sekurang -kurangnya tempat ke-3 terbaik dalam sebarang pertandingan Matematik atau Sains Komputer.