Jabatan Bahasa MRSM Tun Ghafar Baba terbahagi kepada tiga unit iaitu unit Bahasa Melayu, unit Bahasa Inggeris dan unit Bahasa Mandarin. Jabatan Bahasa diketuai oleh Ketua Jabatan iaitu Tn Hj Mohd Amin bin Rohani. Terdapat sembilan orang guru unit Bahasa Melayu, sepuluh orang guru unit Bahasa Inggeris serta dua orang guru di unit Bahasa Mandarin di dalam Jabatan Bahasa. Guru Kanan unit Bahasa Melayu adalah Pn Nordiana binti Nasidi manakalah Guru Kanan unit Bahasa Inggeris adalah Pn Sharizah binti Riza.

 

a) Pencapaian Kecemerlangan Akademik melalui penghasilan keputusan peperiksaan SPM yang berkualiti.

b) Melahirkan pelajar yang berdisiplin, memiliki sahsiah yang terpuji, memiliki ciri-ciri kepimpinan dan bersikap patriotik.

c) Melahirkan pelajar yang cerdas minda, cerdas fizikal, berdaya saing, mempunyai daya tahan dan tahap kawalan emosi yang tinggi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

d) Mengembangkan bakat, kemahiran dan potensi kepada semua pelajar dalam pelbagai bidang.

e) Melahirkan pelajar yang bersikap dan berfikiran positif terhadap kehidupan dan mampu   berkomunikasi dengan berkesan.

f) Melahirkan pelajar yang berkemahiran, berketrampilan dan berfikiran saintifik.