Jabatan Sains MRSM Tun Ghafar Baba dianggotai oleh 24 orang tenaga pengajar dan 12 orang tenaga sokongan yang terdiri daripada 4 orang pembantu makmal dan 8 orang pembantu am rendah (makmal sains). Jabatan ini diketuai oleh seorang ketua jabatan iaitu En Azman bin Ubin dan dibantu oleh 23 orang guru matapelajaran Fizik, Biologi dan Kimia serta seorang ketua unit makmal. Guru Kanan unit Fizik adalah Pn Nor Azlina bt Mohd Arif, Guru Kanan unit Kimia adalah Pn Hjh Noorliza binti Hj Ismail manakala Guru Kanan unit Biologi adalah Pn Noorzakiah binti Buang. Jabatan Sains mempunyai 7 buah bilik Makmal Fizik,  7 buah bilik Makmal Kimia dan 7 buah bilik Makmal Biologi.

 

a) Melahirkan 95% pelajar-pelajar yang dapat menguasai teori, konsep, hukum, prinsip, kemahiran saintifik dan dapat memahami fenomena alam semesta dengan baik.

b) Melahirkan 100% insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

c) Menghasilkan 100% individu yang berilmu pengetahuan global, mempunyai nilai murni serta mengamalkan budaya Sains dan teknologi

d) Memastikan semua pelajar lulus dengan cemerlang pentaksiran Kerja Amali (PEKA) dan mendapat A

e) Dapat mengembangkan bakat,kemahiran dan potensi kepada semua pelajar dalam bidang Sains dan Teknologi

f) Melahirkan 100% pelajar yang bersikap positif terhadap Sains dan menghargainya serta berupaya menghubungkaitkan konsep Sains dalam kehidupan seharian

g) Melahirkan 100% pelajar berkemahiran dan berfikiran saintifik serta berupaya menganalisis sesuatu masalah / projek dengan kaedah Sains untuk mendapatkan fakta/ kesimpulan yang berasas.